Sunday, May 29, 2011



Kadang-kadang manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Bila senang tak ingatkan Tuhan bila susah salahkan semuanya.

Kadang-kadang kamu kena bersyukur walaupun kamu dalam kesusahan kerana sesusah kamu, ada lagi orang yang lebih susah. Ataupun Tuhan sedang menguji kamu atas sebab sebab tertentu. Aku percaya Tuhan tu Maha Adil. Rezeki masing-masing Tuhan beri. Cuma ada yang lebih dan ada yang kurang. Tak perlu lah berhasad dengki or what so ever. Semuanya bergantung pada usaha kamu untuk memajukan diri sendiri.

Usaha tangga kejayaan. Cheers

Monday, May 23, 2011

morning



Hari aku selalunya bermula pada jam 2 atau 3 pm sebab timeline daily life aku dah ikut timeline kat Eropah. Waktu kerja start jam 5, habis jam 3-4 am tidur jam 5-6 am dan begitu lah dengan hari seterusnya. Nasib baik bukan kerja dengan orang.

Apa-apa pun, bangun pagi langsung layan lagu cam gini memang asyik gitu.Tenang.

Sunday, May 22, 2011

Now you're gone
I realized my love for you was strong
And I miss you here now you're gone
I keep waiting here by the phone
With your pictures hanging on the wall

Is this the way it's meant to be?
Only dreaming that you're missing me
I'm waiting here at home
I'll be crazy now you're gone

There's an empty place in my heart
Without my Anna it will break apart
It won't heal, it never fades away
I'll be thinking 'bout you everyday.

Friday, May 20, 2011

mula

Bukan mudah nak mulakan sesuatu yang baru atau fresh. Namun kau kena tabah macam mana besar pun dugaannya. Makin besar musibah yang datang nescaya hati kau makin lama akan lebih kuat dan tabah.

Sebab aku percaya kalau usaha atau niat itu baik dan ikhlas, Insyaallah Tuhan akan permudahkan segalanya.

baru.


Lama dah tak menulis. Lama sangat dah sampai rasa kaget dan tak tahu mana nak mula.

Oh ya,mungkin disini.

Post lama-lama semua sudah dibuang. Tersedak juga bila baca semula post -post lama sejak 3 tahun lepas. Marah sini marah situ,sedih sana sedih situ,itulah ini lah .Haih, Tuhan saja yang tahu betapa naif nya semua tu. Nak tergelak juga ada. haha
Kenapa aku buat keputusan untuk menulis balik?
Mungkin ini semua berkaitan dengan kehidupan harian aku terutamanya dari segi pekerjaan yang memerlukan skills menulis yang tinggi. Makin lama aku tinggalkan benda ni makin berkarat pula rasanya .Atau mungkin juga rasa rindu nak menulis. Dulu ada juga benda nak direnungkan. Pada masa yang sama belajar juga dari perkara-perkara lepas. Lain cerita dengan sekarang .Asyik sibuk memanjang hingga tak punya masa.
Tapi tak mengapa. Aku akan cuba cari kelapangan untuk menulis.

Aku sedar yang semua manusia tak boleh lari dari kesalahan. Manada ada manusia sempurna bukan?Begitu juga dengan diri aku sendiri. Semenjak menguruskan studio sendiri aku berpeluang untuk travel kesana kemari. Banyak benda baru aku belajar. Terutamanya berkaitan perilaku manusia. Berbagai jenis macam ragam kau boleh jumpa didunia ni. Percayalah.

Sambil-sambil aku buat salah, pada masa sama kau juga belajar dari mereka. Kesimpulannya jangan takut untuk buat salah. Kalau tidak sampai bila kau takkan belajar.

Untuk diri aku sendiri, aku akan cuba untuk perbaiki diri untuk diri sendiri dan keluarga dari pelbagai aspek.
Mudah-mudahan Tuhan permudahkan segalanya.
Itu saja buat kali ini.

So yeah,jom kita mulakan semula semuanya disini.

A clean start.Let's do this.Amin.



Followers

site meter