Friday, May 20, 2011

baru.


Lama dah tak menulis. Lama sangat dah sampai rasa kaget dan tak tahu mana nak mula.

Oh ya,mungkin disini.

Post lama-lama semua sudah dibuang. Tersedak juga bila baca semula post -post lama sejak 3 tahun lepas. Marah sini marah situ,sedih sana sedih situ,itulah ini lah .Haih, Tuhan saja yang tahu betapa naif nya semua tu. Nak tergelak juga ada. haha
Kenapa aku buat keputusan untuk menulis balik?
Mungkin ini semua berkaitan dengan kehidupan harian aku terutamanya dari segi pekerjaan yang memerlukan skills menulis yang tinggi. Makin lama aku tinggalkan benda ni makin berkarat pula rasanya .Atau mungkin juga rasa rindu nak menulis. Dulu ada juga benda nak direnungkan. Pada masa yang sama belajar juga dari perkara-perkara lepas. Lain cerita dengan sekarang .Asyik sibuk memanjang hingga tak punya masa.
Tapi tak mengapa. Aku akan cuba cari kelapangan untuk menulis.

Aku sedar yang semua manusia tak boleh lari dari kesalahan. Manada ada manusia sempurna bukan?Begitu juga dengan diri aku sendiri. Semenjak menguruskan studio sendiri aku berpeluang untuk travel kesana kemari. Banyak benda baru aku belajar. Terutamanya berkaitan perilaku manusia. Berbagai jenis macam ragam kau boleh jumpa didunia ni. Percayalah.

Sambil-sambil aku buat salah, pada masa sama kau juga belajar dari mereka. Kesimpulannya jangan takut untuk buat salah. Kalau tidak sampai bila kau takkan belajar.

Untuk diri aku sendiri, aku akan cuba untuk perbaiki diri untuk diri sendiri dan keluarga dari pelbagai aspek.
Mudah-mudahan Tuhan permudahkan segalanya.
Itu saja buat kali ini.

So yeah,jom kita mulakan semula semuanya disini.

A clean start.Let's do this.Amin.



Followers

site meter